Rabu, 31 Julai 2013

RESIPI KEK CINTA ABADI ~ LAH SANGAT KAN



Bahan2:
  • 10 biji telur ayam
  • 16 oz mentega
  • 2 gelas tepung roti crackers
  • 11/2 gelas susu manis
  • 11/2 gelas nestum putih
  • 1 gelas gula kastor
  • Sedikit pewarna kuning

Cara2:
  1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul lagi hingga kembang.
  3. Bila siap masukkan tepung roti, susu manis dan gaul lagi hingga rata.
  4. Masukkan pula nestum dan pewarna kuning dan gaul lagi.
  5. Kukuslah adunan itu hingga masak.
P/S: KLU NAK BUAT LAPISAN PUN BOLEH. PALING CANTIK BILA BUAT 3 LAPISAN, KUNING, MERAH DAN HIJAU. 

1st attempt of chocolate cornflakes

malam tadi mencuba resipi kawan, iaitu coklat cornflakes... 1st attempt menjadi plak.. sbb cara membuatnya senang sangat, just gaul... xperlu nk bakar dalam oven...

so, nak share la resipi kawan i ni..mana tau korg buat lg sedap...

bhn2: almond cincang (ada kt pasaraya)
         coklat masakan (saya gn coklat bar yg biasa ada kt pasaraya tu)
         cornflakes
         chocolate rice warna warni
         paper cup...

cara membuatnya:
1. goreng almond cincang tu tanpa minyak sehingga kekuningan....
2. cornflakes tu ramas2 ckit, jangan sampai hancur
3. cairkan coklat...
4. gaulkan coklat yg cair td dgn cornflakes n almond cincang td hingga rata... ikut suka nak letak banyak mana cornflakes n almond...
5. bila adunan dh siap, mskkn ke dalam paper cup dan taburkan coklat rice warna warni atasnya..
6. biarkan coklat kering kemudian boleh la diletakkan di dalam bekas kedap udara...

senang je kan??? apalagi marilah mencuba resipi ini...




Isnin, 22 Julai 2013

RESIPI KEK NAKHODA

BAHAN-BAHAN: 


  •  8 biji telur
  • 1 tin kecil seri kaya
  •  1 botol kecil horlick
  •  4 sudu meja milo
  •  4 sudu meja browning(merah)
  • 2 gelas gula halus(1½)
  • 16 Oz mentega
  • 2 gelas tepung (1½ gelas)
  • 1 tin susu manis


CARA MEMBUATNYA:

  1. Mentega, susu dan seri kaya digaul dalam bekas lain sehingga kembang. 
  2. dalam bekas lain, telur dan gula dipukul sehingga rata.
  3. masukkan tepung, horlick, milo dan juga browning ke dalam adunan telur dan gula 
  4. kemudian campurkan kedua-dua adunan hingga rata.
  5. masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak. 
untuk kek tahan lama dan tidak berkulat dengan cepat, selepas dikukus boleh la dibakar sekejap di dalam oven.


ni la rupanya browning..

RESIPI KEK DEWAN PARLIMEN

KEK DEWAN PARLIMEN NI MERUPAKAN KEK YANG SELALU DIBUAT OLEH IBU SAYA PADA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA. KEK NI SANGAT SEDAP.. BOLEH LA ANDA MENCUBA SELEPAS INI...

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur
  • 16 Oz mentega 
  • 2 gelas gula halus
  • 2 gelas tepung roti marie 
  • ½ tin susu manis 
  • 1 tin kecil sri kaya 
  • 1 kati roti koko puff(600g) 
  • 1 botol kecil horlicks 


CARA-CARA MEMBUATNYA:

  1. Mentega dipukul dgn gula hingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis.
  3. Kacaukan hingga sebati, selepas itu masukkan susu bersama seri kaya. 
  4. Kemudian masukkan tepung roti ,horlicks. 
  5. Akhir sekali masukkan roti koko puff. Gaulkan hingga rata. 
  6. Kemudian sediakan acuan. Kukuskan adunan tadi.  

P/S: UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS, JANGAN GAULKAN ROTI KOKO PUFF BERSAMA-SAMA ADUNAN. 
- ADUNAN TERSEBUT HENDAKLAH DIMASUKKAN KEDALAM ACUAN DAHULU SEDIKIT LEBIH KURANG DALAM 2 GELAS, BARULAH DISUSUN ROTI KOKO PUFF DIATASNYA. KUKUS LAPISAN PERTAMA SELAMA LEBIH KURANG 20-30MINIT/SEHINGGA MASAK. KEMUDIAN BARULAH BUAT LAPISAN SETERUSNYA... BEGITULAH SEHINGGA ADUNAN HABIS DIKUKUS...                       

Ahad, 21 Julai 2013

GCAP MURNI NILAI

hujung tahun 2012, saya telah mengikuti kursus skim latihan 1Malaysia.. banyak manfaat yang saya dapat dari kursus selama sebulan tu... walaupun terpaksa meninggalkan suami dan tinggal di murni nursing college nilai... namun sebulan rasa singkat je, sebab course mmg seronok sangat... dapat pulak ilmu dari expert2 malaysia, dapat kawan2 baru, dapat ilmu2 baru... fuhh..rasa macam xcukup je sebulan tu... kalau nak join skim ni boleh la apply kt jobsmalaysia...
grooming bersama puan noriz...
with encik wan hassan....
beautiful lady, miss loo foon...
enjoy the rest of the pic...